SELAMAT DATANG KE HOMESTAY PUNCAK TAMBUN, IPOH PERAK
Assalammualaikum wbt...
Selamat datang ke blog HOMESTAY PUNCAK TAMBUN. Untuk makluman anda, blog ini masih lagi baru ditubuhkan. Oleh itu, kami mohon maaf jika blog ini terdapat banyak kekurangannya. Kami akan cuba memperbaiki blog ini menjadi lebih baik lagi dari semasa ke semasa. Buat masa ini, kami banyak menggunakan platform page FB Homestay Puncak Tambun di facebook bagi mengemaskini informasi, review dan status Homestay Puncak Tambun.
Jika hendak dibandingkan dengan hotel 3-4 bintang di Malaysia, homestay selalunya menjadi pilihan orang ramai kerana harganya yang berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan. Tambahan pula jika dibandingkan harga sebuah bilik di hotel dengan harga sebuah bilik di homestay sudah tentu harga homestay lebih menjimatkan malah kita boleh memasak dan membasuh seperti di rumah sendiri.
Jika hendak dibandingkan dengan hotel 3-4 bintang di Malaysia, homestay selalunya menjadi pilihan orang ramai kerana harganya yang berpatutan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan. Tambahan pula jika dibandingkan harga sebuah bilik di hotel dengan harga sebuah bilik di homestay sudah tentu harga homestay lebih menjimatkan malah kita boleh memasak dan membasuh seperti di rumah sendiri.
Di Homestay Puncak Tambun, kami menyediakan tempat penginapan yang bersih, kemas dan selesa serta lengkap dengan peralatan rumah seperti berada di kediaman sendiri.
Homestay Puncak Tambun terletak di Puncak Tambun Indah, Ipoh Perak.
Lebih kurang 5 minit ke Lost World of Tambun, Highway PLUS, Politeknik Ungku Omar (PUO), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Aeon Kinta City, Hospital Pantai Ipoh, Balai Polis Tambun, Giant Tambun, Starbucks Tambun, KFC Tambun, McD Tambun, Shell & Petronas Tambun.
10-15 minit ke Pusat Bandaraya Ipoh, Meru, MAPS, Medan Gopeng, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dan kawasan sekitar Ipoh.
Kemudahan yang kami sediakan ialah:
- Ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa, air-cond, led tv, hypptv, unlimited movie dan wifi internet unifi.
- Ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan asas memasak, rice cooker, microwave, jug kettle, peti sejuk, dan mesin basuh. Peralatan asas untuk BBQ juga turut disediakan.
- 4 bilik tidur (3 bilik tidur dilengkapi dengan air-cond dan 1 bilik tidur berkipas siling)
- 3 bilik air (2 bilik air dilengkapi dengan water heater)
- Lain-lain: tuala mandi, iron dan iron board.
Homestay Puncak Tambun terbuka untuk muslim yang berkeluarga dan mahram sahaja. Anggaran 10-12 orang dewasa.
Harga untuk bermalam di Homestay Puncak Tambun ialah RM300 untuk satu malam.
Securiti Deposit RM300. Securiti depositi ini bertujuan bagi mendidik penyewa menggunakan kemudahan yang kami sediakan dengan cermat dan berhemah.
Jika ada kehilangan dan kerosakan, sebahagian daripada wang ini akan digunakan sebagai ganti rugi. Kami akan pulangkan wang ini sepenuhnya semasa hendak check-out bagi memastikan semua kemudahan yang kami sediakan dikembalikan dalam keadaan yang baik.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh terus whatsapp kami dengan menekan link ini Wasap.Homestay.Puncak.Tambun.
Ulasan
Catat Ulasan